fbpx

Lima wilayah, 463 kawasan terjejas bekalan air di Lembah Klang

SHAH ALAM: Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, selepas pencemaran bau diesel dikesan di situ.

 Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan,  gangguan bekalan di daerah Sepang melibatkan sebanyak 194 kawasan.

“Daerah lain yang turut terjejas bekalan ialah Petaling iaitu sebanyak 172 kawasan diikuti Hulu Langat (54).

“Daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 20 kawasan terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pembuangan efluen berbuih disyaki dari kilang pembuatan makanan berhampiran Fasa 7 Kesuma Beranang semalam.

 Insiden air berbuih yang berlaku di Kampung Rinching Tengah, Semenyih diketahui hasil aduan kira-kira pukul 8.45 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan, siasatan awal LUAS mendapati kesan berbuih pada permukaan air anak Sungai Rinching yang merupakan anak Sungai Semenyih.

Tambah kenyataan itu, LUAS dan Air Selangor sedang mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih.

“Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna terlibat.

“Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal,” katanya.  

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna  terjejas.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terlibat menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan di talian 15300. 

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan menerusi Help Centre diwww.airselangor.com.









Sumber: UTUSAN ONLINE 

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts