fbpx

Jumlah mangsa banjir menghampiri 70,000

Foto oleh Hari Anggara

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir meningkat dari 61,001 orang semalam ke 68,713  setakat pukul 11.00 pagi hari ini terdiri daripada 19,063 keluarga yang kini berada di 456 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam aplikasi dalam talian, jumlah mangsa banjir di negeri Pahang mencatat seramai 39,761 daripada 10,751 keluarga yang sudah dipindahkan ke 281 PPS dalam negeri tersebut. 

“Negeri Selangor mencatatkan jumlah mangsa seramai 24,018 daripada 6,894 keluarga dipindahkan ke 127 PPS, jumlah kedua tertinggi selepas Pahang.  

“Negeri Sembilan dan negeri Perak mencatatkan peningkatan jumlah mangsa. Di Negeri Sembilan terdapat seramai 360 mangsa terdiri daripada 91 keluarga dan negeri Perak seramai 275 mangsa dari 75 keluarga. 

“Manakala empat negeri yang lain iaitu Kelantan, Melaka, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penurunan jumlah mangsa. Jumlah mangsa di negeri Kelantan adalah seramai 3,395 mangsa dari 1,011 keluarga. 

“Wilayah Persekutuan, seramai 328 mangsa dari 88 keluarga dan negeri Melaka pula mencatatkan 465 mangsa terdiri dari 111 keluarga serta negeri Terengganu mencatatkan 9 mangsa dari 3 keluarga,” katanya.






Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts