fbpx

Banjir: Tidak ada masalah makan makanan dimasak bukan Islam – penjelasan Dr. Zulkifli

Bekas Mufti KL @drzul_albakri telah melawat dapur Gurdwara Sahib PJ, yang telah memasak hidangan sayuran/halal untuk lebih 40,000 mangsa banjir sejak Ahad. - Twitter (@sadhosays)

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan melalui laman Twitter peribadinya mengenai isu bantuan makanan yang dimasak oleh mereka bukan beragama Islam.

Penjelasan itu susulan orang beragama lain memasak untuk mangsa banjir dan ada pihak mempertikai status halal makanan tersebut.

Menurut beliau, hidangan yang dimasak oleh individu bukan muslim tidak menjadi penghalang bagi penganut agama Islam menikmati hidangan tersebut selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.

“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka. Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Semoga tuhan merahmati anda semua.

Image
Twitter (@sadhosays)

“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yang berlainan agama majoritinya faham konsep halal. Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal Jakim,” ciapnya.

Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan gembira melihat penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, warganet turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan.

“Harap-harap boleh terserempak dengan pak cik ni pada masa hadapan. Nanti saya belanja teh tarik. Terima kasih juga kepada pihak GSPJ. Kamu semua wira, hanya tuhan boleh membalas kebaikan anda semua,” ciap NikisyaChan.

ZULKIFLI MOHAMAD al-BAKRI

“Biar ini menjadi peringatan kita semua yang sebenarnya kita sudah pun bersatu, kita dipecahkan kerana pihak sana tahu betapa kuatnya bila kita bersama. Jangan lupa,” ciap taneda97.

“Sebak dan terharu, kita sebagai rakyat kuat bila bersama. Pihak sana tidak peduli pasal nasib kita,” ciap _muhdaimn.

“Saya menangis melihat gambar ni. Melayu, Cina, India, kita semua bersatu membantu sesame sendiri. Ini adalah Malaysia yang kami nak tengok,” ciap theluqskywalker.




Sumber: UTUSAN ONLINE 

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts