fbpx

Naib Presiden Warisan, Peter Anthony keluar parti

PETER Anthony ketika sidang akhbar mengumumkan keluar Warisan di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) kembali goyah apabila dua lagi pemimpinnya mengumumkan keluar meninggalkan parti.

Kali ini, Naib Presiden, Datuk Peter Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap meninggalkan Warisan dan akan menubuhkan sebuah parti baharu yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut bersama Peter meninggalkan Warisan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu adalah ADUN Warisan keempat mengumumkan keluar daripada parti pada tahun ini.

Tiga wakil rakyat Warisan yang keluar parti sebelum ini ialah ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir; ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Mohamaddin dan Hassan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Dr. Yusof yang mengumumkan keluar Warisan pada 8 Oktober lalu masih kekal sebagai ADUN Bebas yang mesra kerajaan.

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 17 kerusi DUN dan blok pembangkang tinggal 27 kerusi manakala, blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.




Sumber: UTUSAN

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts