fbpx

Omicron kini varian dominan di Belanda

THE HAGUE : Omicron kini sudah menjadi varian dominan di Belanda, menurut agensi kesihatan awamnya semalam, yang turut gus memberi amaran kemungkinan peningkatan kemasukan ke hospital.

Institut Kesihatan Awam Negara (RIVM), berkata kadar jangkitan susut dengan kira-kira 9,213 ujian positif dilaporkan semalam berbanding 11,495 sehari sebelumnya.

“Namun, keupayaan tinggi penularan Omicron akan meningkatkan jangkitan dalam tempoh akan datang.

“Ini juga akan meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Belanda mengumumkan sekatan Krismas sejak 10 hari lalu dalam usaha menghentikan peningkatan kes varian Omicron, dengan penutupan semua kedai, restoran, bar, pawagam dan muzium sehingga 14 Januari depan.

RIVM berkata, langkah itu menghasilkan kesan positif dengan kemasukan sebenar ke hospital susut daripada 256 pesakit seminggu kepada 191 pesakit minggu ini.

“Kesan sebenar langkah-langkah itu dijangka dapat dilihat pada awal Januari,” kata RIVM, yang turut memaklumkan lebih 20 peratus daripada penduduk dewasa Belanda sudah menerima dos penggalak vaksin setakat semalam. – AFP.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts