fbpx

5,987 mangsa banjir masih di PPS di Pahang

Kuantan: Seramai 5,987 mangsa banjir daripada 1,851 keluarga masih berada di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini, sehingga 8 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 6,371 mangsa banjir daripada 1,935 keluarga masih berada di 48 PPS, petang semalam.

Katanya, Temerloh merekodkan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,125 orang, diikuti Pekan (1,522 orang), Bentong (682 orang), Kuantan (463 orang) dan Maran (195 orang).

“Sebanyak enam jalan ditutup membabitkan lima daerah di negeri ini iaitu Jalan Southern Loop, Bentong, Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut; Jalan Kuala Lumpur– Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh – Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok di Temerloh.

“Sebanyak 20 kes kematian akibat banjir kekal direkodkan di Pahang setakat ini iaitu 11 di Bentong, Temerloh (empat), masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan,” katanya.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai, masing-masing satu di Sungai Dong, Kampung Peruas, Raub dan Sungai Kundang, Maran, merekodkan air sungai melepasi paras waspada.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts