fbpx

PICK: Lebih 6.42 juta individu terima dos penggalak

Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR: Seramai 6.42 juta individu atau 19.7 peratus populasi negara selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Pada Ahad, terdapat pertambahan 91,436 individu yang melengkapkan suntikan tersebut.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.61 juta populasi keseluruhan atau 78.4 peratus telah lengkap divaksinasi.

Manakala 26 juta individu atau 79.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 22.86 juta individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.Manakala, 98.9 peratus atau 23.15 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.75 juta individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 94,040 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK) adalah 57.8 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.





Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts