fbpx

Hujan berterusan di enam negeri hingga malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran hujan berterusan kategori buruk dan waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah, sehingga tengah malam ini. Ia berikutan, masih terdapat luruan angin monsun bertiup ke rantau negara, yang boleh menyebabkan keadaan cuaca lembab di sekitar Pantai Timur dan selatan Semenanjung serta […]

Peluang Newcastle berbelanja besar

MANCHESTER, United Kingdom: Tiga bulan sejak pengambilalihan kontroversi oleh pemegang dana Arab Saudi yang mendapat lampu hijau daripada Liga Perdana, Newcastle kini ada peluang berbelanja pada fasa perpindahan Januari. Magpies sangat memerlukan peningkatan untuk kekal dalam liga utama England selepas hanya menang sekali dalam 19 aksi musim ini. Dua perlawanan terakhir Newcastle juga ditangguhkan kerana […]

Bukan misi balas dendam – Conte

London: Antonio Conte menegaskan tiada misi balas dendam ke atas Chelsea ketika dia bersiap sedia kembali kali pertama ke Stamford Bridge sejak dipecat pada 2018. Tottenham berkunjung ke barat London pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi Khamis ini, perlawanan yang menyaksikan Conte hadir ke kelab yang menyingkirkannya empat tahun lalu walaupun meraih […]

28 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 kematian COVID-19 direkodkan semalam, berbanding 19 kes, kelmarin. Berdasarkan laman sesawang github kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), empat kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) turut direkodkan setakat tengah malam tadi. Secara perbandingan, Pulau Pinang mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti lima kes di Selangor, Perak (4), Kelantan (3), Johor […]

Penguasa Kanan SPRM didakwa pecah amanah AS$6.94 juta

KUALA LUMPUR: Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS$6.94 juta. Shahrum Nizam Baharuddin, 41, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin. Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahrum didakwa sebagai penjawat […]