fbpx

Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang – Timbalan KPN

Kelihatan pengemis warga Rohingnya sambil mendukung anak meminta sedekah kepada pengguna jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang. FOTO ASWADI ALIAS

ALOR SETAR: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket mendalangi etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan mengemis di jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa bandar di negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai kegiatan tersebut.

“Sindiket ada kemungkinan, saya tidak boleh nak ni (sahkan) lagi, mungkin selepas buat tangkapan ataupun siasatan nanti, kita cuba kumpulkan risikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.Pada majlis itu, Razarudin menyaksikan bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad.

Razarudin memberitahu, pihaknya telah mengarahkan ibu pejabat polis kontinjen dan daerah memantau secara lebih serius kegiatan mengemis dalam kalangan etnik Rohingya.

Jelasnya, kebanyakan kegiatan tersebut kebanyakannya dikesan lampu isyarat di jalan sesak di bandar-bandar besar.
Selain itu, tambahnya, polis juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas etnik Rohingya yang didapati mengemis di jalanan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Akta Kesalahan Kecil.

Pengemis etnik Rohingya: Polis siasat, kumpul maklumat siapa dalang - Timbalan KPN
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain(tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat (kiri) dengan Ketua Polis Kedah baharu, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad. – Foto Astro AWANI

“Kita boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan mengganggu dan juga money orphan atas kesalahan kecil..undang-undang di Malaysia ini bukan sahaja tertakluk kepada warganegara Malaysia, ia juga tertakluk juga kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan kesalahan jenayah kesalahan kecil tindakan akan diambil,” katanya.






Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts