fbpx

Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini

RAJA Bomoh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini. FOTO Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Individu yang dipanggil sebagai Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini.

Tuduhan ke atas beliau dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang berusia 71 tahun itu turut didakwa bersama seorang individu wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’.

Tuduhan dibuat ke atas dua individu berkenaan susulan tular satu video ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan baru-baru ini.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Mengikut seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Raja Bomoh Tampil Bersama Puteri Zaleha Tolak Bala Di Teluk Intan
TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang pengamal perubatan tradisional bersama seorang wanita melakukan ritual bagi menolak berlaku banjir di Teluk Intan.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts