fbpx

15 direman kemuka dokumen palsu tender pembersihan

ALOR SETAR: Seramai 15 individu termasuk seorang wanita direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank milik beberapa syarikat mengandungi butiran palsu pada 2018 dan 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka yang berusia 31 hingga 68 tahun direman selama tiga hingga lima hari bermula hari ini.

Menurut sumber SPRM seramai 21 individu ditahan secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah semalam.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts