fbpx

97.8 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

(Frank Augstein / POOL / AFP)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.8 peratus atau 22,893,234 individu populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 99 peratus atau 23,175,181 individu populasi dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 90.8 peratus atau 2,858,992 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 88 peratus atau 2,770,412 individu golongan itu lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 255,384 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 3,170 suntikan dos lengkap, 2,016 dos pertama dan 250,198 pula suntikan dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,035,273 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 8,539,533. – BERNAMA

https://covidnow.moh.gov.my/bm/vaccinations

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts