fbpx

4 PPV integrasi mula dibuka esok – KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka empat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, mulai esok.

KKM dalam satu kenyataan, berkata empat lokasi PPV Integrasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan mula dibuka jam 9 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata pihaknya turut menyasar 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan, manakala negeri yang masih terkebe terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Katanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga untuk mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

“Jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, ia akan perluaskan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts