fbpx

‘Penyokong Arsenal tidak tahu cara memaafkan’

LONDON: Emmanuel Adebayor percaya tiada jalan kembali buat Pierre-Emerick Aubameyang di Arsenal kerana penyokong Gunners tidak tahu bagaimana untuk “memaafkan”.

Adebayor, 37, meninggalkan Emirates untuk ke Manchester City pada 2009 selepas menjaringkan 62 gol dalam 142 penampilan buat kelab utara London itu.

Penyokong Arsenal mengkritiknya kerana meninggalkan kelab dan menyertai pasukan pencabar Liga Perdana itu.

Dan Adebayor terkenal kerana membalasnya dengan berlari meraikan jaringannya di depan penyokong Gunners ketika dia menemui gawang buat Man City di Etihad.

Kini Aubameyang juga berdepan bertarungan sendiri dengan Gunners selepas dilucutkan lilitan kapten kerana masalah disiplin pada Disember.

Dia tidak beraksi untuk kelab sejak itu dan kini kembali daripada Piala Negara-Negara Afrika walaupun tidak bermain kerana masalah jantung selepas dijangkiti COVID-19.

Aubameyang kini boleh bermain tetapi Adebayor merasakan tiada lagi tempat buat penyerang itu di Arsenal.

Katanya: “Saya tahu dia pasti akan melalui pelbagai perkara kerana itulah Arsenal bagi anda. Anda tidak boleh lakukan apa yang anda mahukan.

“Mereka tidak pernah belajar atau mereka tidak tahu bagaimana untuk memaafkan anda. Jadi saya tahu dia akan melalui banyak rintangan.

“Tapi dia pemain yang kuat, dia pemain yang bagus, dia pemain yang menakjubkan. Saya harapkan yang terbaik daripadanya.” – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts