fbpx

Teknologi 5G pemacu digitalisasi di Malaysia

Digital Nasional Bhd (DNB) announces that Telekom Malaysia Bhd (TM) and YTL Communications (YTL) are the first two customers to access its 5G network. - Angel Garcia/Bloomberg via Getty Images

Kuala Lumpur: Penyediaan teknologi 5G, setahun lebih awal dari jangkaan bukan sahaja akan menjadikan Malaysia antara negara terawal rantau membina ekosistem 5G, malah akan mengubah fungsi teknologi mudah alih itu kepada negara.

Selain internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G, pengaplikasian teknologi 5G juga mempunyai kadar lengahan (latency) rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi setiap 1 kilometer (km) persegi.

Dengan kelajuan mencecah 1.5GB sesaat, teknologi 5G yang mempunyai lebih banyak keupayaan, akan melancarkan kualiti komunikasi, teknologi, penghantaran data, kajian dan hiburan di skala global serta gaya hidup lebih maju.

Muat turun filem pada kualiti HD misalnya, hanya akan mengambil masa beberapa saat berbanding 4G disebabkan kebanyakan rangkaian 5G dibina pada gelombang udara frekuensi tinggi atau spektrum jalur tinggi.

Malah, kadar lengahan rendah sekitar 1 milisaat berbanding 20 milisaat sebelum ini, akan mengurangkan isu sela masa ketika penyambungan antara peranti.

Ia sekali gus membolehkan aktiviti yang memerlukan banyak data, tidak mengalami penangguhan data seperti sering dikaitkan dengan teknologi sebelum ini.

Lebih mengujakan, penggunaan teknologi 5G yang mempunyai kesinambungan pantas akan memungkinkan capaian kepada aplikasi realiti maya (virtual reality), realiti terimbuh (Augmented Reality) dan kecerdasan buatan AI (Artificial Intelligence) yang sebelum ini tidak dapat dilakukan dengan 4G.

Dengan teknologi ini juga, satu juta peranti dapat dihubungkan pada keluasan satu km persegi berbanding hanya 1,000 peranti dalam keluasan sama melalui teknologi LTE.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts