fbpx

Tumpu kawasan rendah liputan dos penggalak

Putrajaya: Tumpuan pemberian dos penggalak perlu terarah ke kawasan liputan rendah, khususnya bagi Johor yang bakal menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Mac ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, dos penggalak memberi perlindungan yang baik terutama dalam gelombang Omicron.

Beliau turut berkongsi peta liputan dos penggalak di Twitter yang menunjukkan keseluruhan 57 peratus di Johor mengambil dos itu setakat semalam.

Berdasarkan peta itu, hanya empat daerah di Johor merekod liputan dos penggalak lebih 50 peratus iaitu Muar (71 peratus); Johor Bahru (67 peratus); Kulai (56 peratus) dan Batu Pahat (52 peratus), manakala enam daerah lagi masih rendah.

“Sebanyak 80 peratus masyarakat Cina boosted (mengambil dos penggalak). Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook, sebab Melayu kurang daripada 50 peratus,” katanya dalam perkongsian itu, hari ini.

Menurutnya, Sarawak menjadi negeri paling berjaya dalam pemberian dos penggalak dengan keseluruhan capaian 76.8 peratus, setakat 10 Februari.

Ia diikuti Melaka (71.9 peratus), Lembah Klang (66.9 peratus), Negeri Sembilan (62.4 peratus), Pulau Pinang (61.5 peratus) dan Labuan (57.1 peratus).

Tiga negeri terendah dalam liputan dos penggalak adalah Perlis dengan 30.9 peratus; Kelantan (25.3 peratus) dan Sabah (24.8 peratus).

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts