fbpx

Kerajaan kaji dasar, kurangkan kebergantungan import makanan

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menilai semula beberapa dasar sedia ada sebagai langkah strategi jangka panjang bagi menjamin rantaian bahan makanan negara susulan krisis Ukraine-Russia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata usaha itu penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import luar.

“Pada peringkat kementerian, kita membuat perbincangan mendalam dan meluas untuk melihat beberapa dasar kebergantungan terhadap beberapa import bahan makanan yang kita mampu hasilkan sendiri.

“Antaranya adalah penanaman jagung kerana kita memiliki keluasan tanah dan sebagainya. Bagaimanapun dasar kita, tidak menumpu kepada pengeluaran jagung dan bergantung kepada import negara luar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai pendekatan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada negara luar membabitkan import pertanian.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts