fbpx

Mohon bantuan bukti bergambar, video kes kematian Adib

Pakar patologi akan melakukan siasatan menyeluruh untuk menyiasat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner, hasil siasatan polis dan aspek lain mengenai punca kematian Muhammad Adib. - Gambar fail

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, hari ini memutuskan untuk mendapatkan kerjasama daripada orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau bukti bergambar serta video kejadian.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kali kedua selepas kerajaan pada hari ini menerima Laporan Interim daripada Jawatankuasa Khas Teknikal Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, selain itu mereka yang tidak berpeluang tampil ke depan untuk memberi maklumat bolehlah menghubungi sektretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

“Sekretariat di Bahagian Undang-Undang untuk dihubungi adalah Yusof Ali di talian 03-88851920 atau e-mel [email protected] dan Sanjeetha Nair di 03-88851209 atau e-mel [email protected].

“Penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan ini sudah dipersetujui pada 8 Disember 2021 dan mesyuarat pertama diadakan pada 21 Disember 2021.

“Jawatankuasa Khas Siasatan sudah bersetuju dengan penubuhan suatu Jawatankuasa Khas Teknikal yang dapat membantu dalam proses ‘fact finding’.

“Laporan Akhir akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa enam bulan dari tarikh penubuhannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hari ini, beliau sudah mendengar pembentangan Laporan Interim yang juga adalah laporan kemajuan daripada ahli Jawatankuasa Khas Teknikal.

Beliau berkata, Laporan Interim itu sudah disiapkan dalam tempoh ditetapkan iaitu tiga bulan dari tarikh ditubuhkan dan dibentangkan pada hari ini.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Teknikal terdiri daripada Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Datuk Kamardin Hashim; Profesor Madya Pakar Perunding Patologi Forensik Kanan Royal College of Surgeons Ireland and University College Dublin Malaysia Campus (RUMC), Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh; Profesor Ulung Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Pakar Perunding Patologi Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Datuk Dr Looi Lai Meng.

Katanya, selain itu Pakar Kriminologis Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Profesor Madya Kehormat Datuk Dr Sundramoorthy M Pathmanathan.

“Jawatankuasa ini turut dianggotai wakil dari Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Laporan Interim ini dibentangkan Dr Sundramoorthy selaku Setiausaha Jawatankuasa Khas Teknikal berdasarkan maklumat sedia ada serta tindakan sudah diambil ahli Jawatankuasa Teknikal dalam mendapatkan fakta lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

Wan Junaidi berkata, proses ‘fact finding’ dilaksanakan secara intensif sejak Januari lalu dengan kerjasama pihak PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, proses itu penting bagi memastikan laporan yang dihasilkan dapat diterjemahkan dengan telus, adil dan saksama,” katanya.

Muhammad Adib cedera akibat rusuhan ketika kekecohan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam 17 Disember 2018.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts