fbpx

Proses tender MRT3 bermula tahun ini

BERNAMApix

KUALA LUMPUR: Proses tender bagi projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dirancang bermula tahun ini melalui lima pakej utama untuk tempoh enam hingga lapan tahun.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata cadangan jajaran terkini bagi projek itu membabitkan lingkaran sepanjang 51 kilometer (km) yang mana 39km daripadanya terletak di Kuala Lumpur dan 12km lagi di Selangor.

“Laluan ini dirancang untuk beroperasi secara berfasa. Fasa pertama akan dibuka seawal Disember 2028, tertakluk kepada proses pengambilan tanah.

“Keseluruhan jajaran dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut) mengenai status terkini pembangunan projek MRT3, cadangan jajaran dan anggaran jangka masa diperlukan.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts