fbpx

Pengambilan, penempatan guru baharu hampir selesai

Senior Education Minister Datuk Radzi Jidin said said four million primary and secondary school students nationwide began the session involving 1.2 million students from Group A, yesterday, and 2.8 million students in Category B, today. — Bernama pic

JENJAROM: Kementerian Pendidikan (KPM) hampir menyelesaikan isu penempatan dan kekurangan guru di seluruh negara, dengan hanya sekitar 4,000 guru sahaja lagi akan ditempatkan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketika ini hampir 14,000 guru sudah diambil menerusi pengambilan khas secara ‘one-off’ dan penempatan mereka akan dimaklumkan, bermula hari ini.

Katanya, baki daripada keseluruhan 18,702 orang yang diambil secara pengambilan khas itu masih belum mempunyai penempatan dan akan diselesaikan dengan segera.

“Alhamdullilah, hari ini kita akan ada penempatan baharu bagi mereka yang akan diambil secara ‘one off’ untuk menjadi guru. Hanya sekitar 4,000 yang akan diambil dan ini adalah satu proses yang sedang dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas program penyerahan kunci SMK Bandar Saujana Putra, di sini, hari ini.

Beliau berkata, isu kekurangan guru menjadi masalah utama yang terus menekan sistem pendidikan dan ia perlu diselesaikan segera.

“Jumlah kekurangan guru yang dihadapi negara adalah terlalu besar iaitu mencecah jurang 18,000 orang. Biasanya ia sekitar 3,000 hingga 4,000 orang sahaja setahun kerana ada yang pencen dan berhenti

“Jika ini berterusan, ia akan memberi tekanan besar kepada sistem sekolah, khususnya sekolah yang tidak mempunyai guru yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, jurang kekurangan 18,000 guru itu diselesaikan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Selain itu, Radzi berkata, isu pertukaran guru juga menjadi kejayaan KPM hari ini kerana ia tercatat sebagai yang tertinggi dalam sejarah pendidikan negara.

“Kali ini, kita meluluskan lebih 55 peratus permohonan berbanding sebelum ini, sekitar 20 peratus ke 30 peratus sahaja.

“Kita beri keutamaan kepada pergerakan guru lama terdahulu sebelum melaksanakan pengambilan guru baharu. Ia akan menyelesaikan beberapa isu, termasuk kekurangan guru di banyak sekolah, sebagai contoh guru yang sudah lama mengajar di Sabah dan ingin pulang ke Semenanjung,” katanya.

Katanya, tiga buah negeri yang jumlah pertukaran guru minimum iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu juga memperoleh manfaat dengan tindakan proaktif KPM dalam isu berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts