fbpx

Sindiket guna Wechat tipu mangsa

KUALA LUMPUR: Lebih 50 profil aplikasi sosial Wechat palsu dibuka setiap hari oleh setiap pekerja sindiket penipuan pusat panggilan (calling center) bagi memperdaya mangsa.

Sindiket yang berpusat di sebuah unit kondominium di Mount Kiara, di sini, turut menghantar data setiap kenalan mangsa ke dalam group WhatsApp sebelum ketua sindiket menjalankan proses penipuan.

Kegiatan sindiket yang menyasarkan mangsa dari China ini terbongkar susulan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dibantu oleh Pakar Analisa Media Sosial, Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia (JSM) Bukit Aman, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor, berkata polis menahan dua lelaki tempatan, tiga lelaki warganegara China dan dua wanita warganegara China, berusia 19 tahun hingga 25 tahun dalam serbuan itu.

“Turut dirampas, tujuh unit komputer riba, 28 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh papan kekunci, tujuh tetikus dan satu rangkai kunci rumah yang digunakan dalam kegiatan itu.

“Berdasarkan hasil semakan pakar juga mendapati terdapat unsur penipuan atas talian melalui media sosial Wechat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, semua yang ditangkap itu adalah pekerja sindiket, yang berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan dan menerima gaji RM2,000 hingga RM3,000 sebulan

Beliau berkata, kumpulan itu beroperasi sejak bulan lalu Februari 2022 dan mereka ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts