fbpx

Isi borang pra-pelepasan sebelum datang ke Malaysia

Foto: FB KKM

PUTRAJAYA: Pengembara yang mahu ke negara ini perlu memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera serta mengisi borang pra-pelepasan sebelum berlepas.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran melalui media sosial, berkata ia berikutan pengisian borang pra-pelepasan adalah wajib untuk memasuki negara ini.

Hantaran itu turut menyertakan grafik tatacara memuat turun, mengaktifkan dan mendaftar MySejahtera dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Berdasarkan grafik itu, pengembara perlu memuat turun MySejahtera daripada gedung aplikasi (app store) dan menekan butang ‘Daftar Di Sini’ untuk mendaftar akaun MySejahtera.

Mereka boleh mendaftar dengan menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel yang sah, sebelum memasukkan nombor OTP yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau pautan yang dihantar melalui e-mel yang digunakan ketika mendaftar.

Pengembara kemudian perlu melengkapkan butiran pendaftaran dan menetapkan kata laluan.

Selepas itu, pengembara boleh log masuk dengan nombor telefon dan e-mel yang berdaftar.

Mereka kemudian perlu klik pautan ‘Perlu Dilakukan’ dan menjawab semua soalan penilaian.

Pendaftaran tamat sebaik selesai menjawab semua soalan penilaian dan status penilaian kesihatan akan dipamerkan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts