fbpx

11,472 individu ditahan atas kesalahan dadah di Johor

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seramai 11,472 individu atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis yang dijalankan di seluruh negeri ini sepanjang tempoh 1 Jan hingga Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi ini dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melibatkan kawasan panas atau ‘hotspot’ antaranya jeti-jeti nelayan, projek perumahan rakyat (PPR), ‘port’ penagih dan kawasan Felda.

Beliau berkata sepanjang operasi tersebut, seramai 23,973 individu telah diperiksa dengan 11,472 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts