fbpx

Amaran cuaca buruk 7 negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 6 petang ini.

METMalaysia melaporkan negeri dijangka berdepan cuaca buruk ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak membabitkan daerah Hulu Perak manakala di Kelantan pula ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menurut kenyataan sama, di Terengganu cuaca buruk diramal melanda Dungun dan Kemaman manakala Pahang ialah Cameron Higlands, Bentong, Bera dan Rompin.

Selangor dijangka membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Sementara di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Di Johor daerah dijangka terjejas termasuk Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts