fbpx

Bersedia, waspada hadapi cuaca buruk sehingga malam ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi cuaca buruk selepas Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia berkata, negeri dijangka berdepan cuaca buruk ini ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak membabitkan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang, kawasan diramal dilanda ribut ialah Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Tanjung Manis dan Daro manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts