fbpx

Bekalan telur ayam di Pulau Pinang masih mencukupi

Photo: Henk Riswick

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memaklumkan bahawa bekalan telur ayam di negeri itu masih mencukupi melalui pemeriksaan harian yang dijalankan.

Pengarahnya, S Jegan berkata, pemeriksaan menerusi Op Terjah yang dilaksanakan mendapati bekalan ayam mencukupi antara 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

Katanya, setiap KPDN seluruh negeri diminta menyediakan laporan harian berkaitan bekalan makanan termasuk telur ayam.

“Justeru sebanyak 409 pemeriksaan dijalankan sejak 16 Disember lalu sehingga semalam yang kita dapati bekalan telur ayam masih mencukupi.

“Ini berdasarkan kesimpulan kita yang mengkategorikan bekalan telur mengikut kod warna hijau (mencukupi), kuning (bekalan kurang) dan merah (tiada bekalan).

“Apa kita dapati kod warna hijau ada 337 (premis) mempunyai bekalan, 23 (premis) kuning kurang bekalan dan 12 lagi tiada bekalan. Secara keseluruhannya bekalan itu masih mencukupi dan berharap ia kekal sehingga musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung bekalan telur ayam di Pulau Pinang ketika ini pada sidang media di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN negeri, di sini, hari ini.

Beliau bekata, pihaknya akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan bekalan telur ayam di negeri itu mencukupi.

“Pemeriksaan ini dilakukan di semua rantaian membabitkan pemborong ,pasaraya dan peruncit.

“Kita turut mendapati pemborong memperoleh bekalan telur ayam seperti biasa dan tiada masalah dengan bekalan,cuma ada dalam kalangan peruncit yang mengalami gangguan bekalan atasbeberapa faktor lain,” katanya.

Beliau juga berkata, selain telur ayam pihak KPDN negeri turut menjalankan pemeriksaan ke atas barangan keperluan asas lain seperti ayam, gula, minyak masak dan tepung gandum.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts