fbpx

Thailand cadang caj yuran pelancong RM39 bermula Jun

PERAWONGMETHA/REUTERS

BANGKOK: Thailand merancang mula mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula Jun depan, lapor Channel News Asia (CNA).

Difahamkan, yuran tersebut akan digunakan untuk membantu pelancong terbabit dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelancongan.

“Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan,” kata Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn.

Cadangan itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini.

Pada tahun 2019, Thailand mengalu-alukan kemasukan 40 pelancong di negara tersebut.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts