fbpx

Duit pusaka RM35,000 lesap

Kuantan: Suri rumah berusia 40 tahun di daerah ini kerugian RM35,000 selepas terpedaya dengan urusan perkhidmatan pembersihan bulu haiwan, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, mangsa melihat iklan pembersihan bulu haiwan pada 13 Januari lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya berhubung dengan suspek melalui nombor telefon yang diberikan.

“Suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan bagi tujuan pembayaran perkhidmatan terbabit.

“Setelah mengisi maklumat diri dalam aplikasi terbabit, mangsa mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM35,00 daripada akaun milik mangsa yang juga wang pusaka milik ayahnya.

“Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes terbabit, beliau menasihati orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.

“Jangan mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga atau pun mana-mana aplikasi daripada pautan mencurigakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts