fbpx

Beyonce umum konsert jelajah dunia

Credit: Getty Images

KUALA LUMPUR: Selepas kali terakhir beraksi dalam siri jelajah On The Run II bersama suaminya, Jay-Z pada 2018, Beyonce Knowles kembali mengubat kerinduan peminat menerusi siri konsert jelajah dunia tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat penyanyi yang popular dengan gelaran Queen B itu menerusi Instagram, baru-baru ini.

Konsert jelajah berkenaan juga bakal menjadi rangka promosi album terbarunya, Renaissance yang diterbitkan tahun lalu.

Konsert terbabit dijadualkan bermula di Sweden sekitar Mei ini sebelum membuat persinggahan di beberapa lokasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

New Orleans bakal menjadi lokasi terakhir konsert tersebut yang dijadualkan pada September ini.

Pengumuman tersebut dibuat Beyonce menjelang penganjuran anugerah Grammy ke-65, Ahad ini.

Penyanyi lagu Crazy In Love itu mencipta sejarah selepas menjadi penyanyi wanita paling banyak memenangi anugerah berprestij itu dengan 28 trofi keseluruhannya.

Sekiranya berjaya menambah empat anugerah, Beyonce diramalkan menamatkan rekod pemenang anugerah Grammy terbanyak yang dipegang kondukter terkenal, mendiang Georg Solti.

Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts