fbpx

Pelatih, 3 kakitangan PUSPEN Perlop ditahan bantu siasatan kematian pelatih

SUNGAI SIPUT: Polis menahan seorang pelatih dan tiga kakitangan Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, di sini, bagi membantu siasatan kematian seorang pelatih pusat pemulihan itu, Selasa lalu, yang disyaki dibunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata polis menerima maklumat berkaitan kematian pelatih lelaki berusia 50 tahun itu jam 12.55 tengah hari dengan siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Siput (U) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan pada belakang badan si mati akibat dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts