fbpx

PM ucap selamat bertugas buat pasukan Smart

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) yang dihantar ke Turkiye untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu. Menerusi catatan di Facebook, beliau turut mendoakan semoga usaha pasukan berkenaan dipermudahkan. Semalam, pasukan berkenaan yang […]

Dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta: KPT tidak kompromi

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan membabitkan kerugian RM157 juta oleh UiTM Holdings. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak-pihak yang berkenaan diarahkan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya terhadap kes itu. Beliau berkata, penekanan khusus akan melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus […]

Lapangan Terbang Subang jadi hab serantau

SUBANG: Kerajaan meluluskan pelan penjanaan semula Lapangan Terbang Subang (SARP) yang bakal melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan perniagaan pilihan di Asia Pasifik. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kelulusan itu diputuskan Kabinet pada Khamis lalu, selepas beliau membentangkan pelan pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) yang dibangunkan Malaysia […]

Kes demam denggi meningkat, 2 kematian dilaporkan

Kuala Lumpur: Kes demam denggi di negara ini meningkat sebanyak 249 kes atau 13 peratus menjadikan jumlah keseluruhan 2,159 kes berbanding 1,910 pada minggu sebelumnya dengan dua kematian dilaporkan minggu ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 11,127 kes berbanding 3,573 kes bagi tempoh […]

Usaha cari mangsa gempa bumi di Turkiye, Syria dipergiatkan

ADANA: Anggota pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terselamat daripada runtuhan gempa bumi dalam cuaca sejuk di selatan Turkiye dan utara Syria yang dilanda perang. Ketika jumlah kematian semakin meningkat, rasa putus asa dan marah semakin meningkat dalam kalangan anggota penyelamat ketika melakukan misi menyelamatkan mangsa. Sementara itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un […]