fbpx

Usaha cari mangsa gempa bumi di Turkiye, Syria dipergiatkan

ADANA: Anggota pasukan penyelamat kini bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terselamat daripada runtuhan gempa bumi dalam cuaca sejuk di selatan Turkiye dan utara Syria yang dilanda perang.

Ketika jumlah kematian semakin meningkat, rasa putus asa dan marah semakin meningkat dalam kalangan anggota penyelamat ketika melakukan misi menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menghantar mesej takziah kepada Presiden Syria, Bashar Assad atas kejadian gempa bumi yang mengorbankan ribuan orang di negara itu dan di Turkiye.

Agensi Berita Pusat Korea Utara, pada hari Rabu, berkata Jong Un dalam mesej itu menyatakan ‘simpati yang mendalam’ dan mengatakan Syria di bawah kepemimpinan Assad akan ‘membasmi susulan kerosakan gempa bumi secepat mungkin’.

Media negara Korea Utara tidak menyebut sebarang kenyataan Jong Un terhadap terhadap Turkiye, yang menghantar ribuan tentera ke Korea Selatan untuk bertempur di bawah tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ketika mereka menangkis pencerobohan Korea Utara semasa Perang Korea 1950-53.

Korea Utara dan Syria adalah satu-satunya negara, selain Russia yang mengiktiraf kemerdekaan Donetsk dan Luhansk, dua wilayah pemisah yang disokong Russia di timur Ukraine, kerana mereka sejajar dengan Moscow berhubung perang di Ukraine. – AP

Sumber:Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts