fbpx

Masuk Malaysia jual kerepek, raih simpati masyarakat

Alor Setar: Wanita Thailand memberi alasan tidak tahu alamat tempat tinggalnya selain dihantar rakan untuk menjual kerepek di hadapan bank di Jalan Tunku Ibrahim di sini ketika ‘disapa’ pihak berkuasa.

Berusia 41 tahun, wanita itu juga hanya menunjukkan pas sempadan Thailand sebagai dokumen perjalanan dan pengenalan diri serta sudah berada di negara ini sejak empat hari lalu.

Dia diselamatkan dalam operasi pengemis, Op Pintas Bersepadu oleh pelbagai agensi di bandar ini, semalam, sebelum dikenakan tindakan hantar pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sempadan Malaysia (ICQS) melalui Bukit Kayu Hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Operasi berlangsung di empat lokasi berbeza sekitar bandar yang menjadi tumpuan pengemis diadakan bermula 4 petang hingga 7 petang, membabitkan 33 keanggotaan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan sumbangan pula memberitahu memerlukan wang selepas berpisah dengan isteri dan berjauhan dengan tiga anak.

Bagaimanapun semakan dilakukan mendapati lelaki itu merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan selepas kudung kaki akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam operasi itu, lima lelaki tempatan disyaki gelandangan diselamatkan dan diberi nasihat oleh pihak JKM supaya tidak menjalankan aktiviti itu lagi.

“MBAS turut mengambil tindakan merobohkan binaan yang dijadikan tempat tinggal haram di kawasan kaki lima bangunan berhampiran sebuah bank di Jalan Kota, dekat sini,” katanya yang memberitahu tiada aktiviti mengemis dikesan di sekitar Bazar Ramadan Stadium Alor Setar.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts