fbpx

Kebocoran data pemohon, UiTM mohon maaf

Shah Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data hampir 12,000 pemohon universiti berkenaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya @uitmofficial, universiti itu memaklumkan bahawa pautan kepada senarai itu tidak lagi aktif dan kemas kini sudah dilakukan.

“Pihak UiTM mohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih,” ciapnya.

Ini susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon sebagai pautan tidak selamat.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts