fbpx

Penduduk Tuaran diminta pakai pelitup muka

Tuaran: Ekoran peningkatan mendadak jumlah kes positif Covid-19 di daerah ini, penduduk diminta menggunakan pelitup muka terutama ketika berada dalam bangunan.

Penguasa Jabatan Kesihatan Tuaran Dr Noraziah Bakri berkata, orang ramai perlu membantu menangani peningkatan jumlah kes Covid-19 dengan mematuhi peraturan dan arahan jabatan berkenaan.

“Pemakaian pelitup muka dalam bangunan adalah atas pilihan sendiri, manakala pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah tidak diwajibkan.

“Bagaimanapun, pemakaiannya amat digalakkan kerana ia terbukti mampu mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Peringatan itu berikutan Tuaran adalah satu-satunya daerah mencatat kes paling banyak ketika ini menyebabkannya kembali ke zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 50 kes.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, daerah itu mencatat 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka adalah amat digalakkan jika berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah, rumah ibadat dan tempat perhimpunan ramai.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema disarankan mematuhi nasihat memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.

Dr Noraziah berkata, individu berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 seperti warga tua, berpenyakit kronik, individu imuniti rendah dan ibu mengandung termasuk melakukan kegiatan bersama orang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Katanya, pemilik premis hendaklah memastikan premis terutamanya di ruang tertutup mempunyai pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik mengikut Garis Panduan Pengudaraan dan Kualiti Udara Dalaman, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Beliau berkata, pemilik premis wajib menyediakan kemudahan membasuh tangan dengan sabun, air atau cecair pembasmi kuman di tempat bersesuaian dan strategik.

Sehubungan itu, katanya, proses pembersihan secara berkala sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya di kawasan umum atau peralatan dan permukaan sering disentuh perlu dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews