fbpx

Bunuh, bakar kekasih hamil: Suspek didakwa esok

Sungai Besar: Lelaki yang membunuh dan membakar kekasihnya di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, di sini pada 23 Mei lalu akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Untuk makluman, suspek berusia 20 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa berusia 21 tahun yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan terbakar di belukar kebun kelapa sawit.

Suspek dipercayai menjalankan jenayah itu berseorangan dan motif pembunuhan disebabkan mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.

Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan menjalin hubungan selama setahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts