fbpx

Timbalan Menteri Sarawak cedera dipukul empat lelaki tidak dikenali

KUCHING: Seorang Timbalan Menteri Sarawak cedera dipercayai dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan kediaman keluarganya di Tabuan Jaya di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan mengunjungi kediaman keluarganya menjelang sambutan Hari Gawai.

Difahamkan, ketika melalui lorong kawasan itu, mangsa terserempak dengan sekumpulan individu tidak dikenali yang dipercayai menaiki sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri itu kemudian keluar dari kenderaan dan bertanya kepada kumpulan lelaki tersebut tujuan mereka berada di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dipercayai berlaku sedikit pertengkaran susulan itu.

Kumpulan individu tersebut bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri.

Mangsa dihantar ke hospital dan laporan polis dibuat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut sambil menambah, ia sedang disiasat.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts