fbpx

Elavarasan lepas jawatan pengendali skuad Harimau Muda

KUALA LUMPUR: ‘Kerusi’ ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) kini kosong selepas penyandangnya, E Elavarasan secara rasmi melepaskan jawatan untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan dengan penggantinya hanya akan diumumkan selepas beberapa penelitian dan perbincangan kelak.

“Sejurus selesai tugasan di Chonburi, satu perjumpaan di antara Elavarasan dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi membincangkan hala tuju pasukan B-23 selepas aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

“Dalam perbincangan dari hati ke hati itu, Hamidin dan Elavarasan mencapai kata sepakat dan persetujuan agar beliau kembali fokus kepada tanggungjawabnya sebagai penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi membantu Pan Gon.

“Ini sekali gus memberi ruang kepada individu lain untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih B-23 kebangsaan ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan,” kata badan induk itu.

Sebagai rekod, FAM mengumumkan Elavarasan sebagai ketua jurulatih skuad B-23 pada September tahun lalu bagi menggantikan Brad Maloney dengan beliau kekal memegang jawatan selaku pembantu ketua jurulatih skuad senior, Kim Pan Gon.

Keputusan itu dibuat memandangkan Elavrasan sudahpun berada dalam sistem kejurulatihan Pan Gon sekali gus memudahkan proses kesinambungan untuk skuad senior dan skuad Harimau Muda itu.

Di bawah kendalian Elavarasan, skuad Harimau Muda berjaya menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura pada Mac dan meskipun gagal di Sukan SEA 2023, mereka mara sehingga ke separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong.

Terbaharu, mereka mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar selaku satu daripada empat naib juara terbaik pada pusingan kelayakan di Thailand.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts