fbpx

Sainz menang GP Singapura

SINGAPURA: Carlos Sainz mendahului sejak permulaan untuk memenangi Grand Prix Singapura yang dramatik sebentar tadi selepas George Russell terbabit dalam kemalangan bersama jenteranya ketika berada di kedudukan ketiga pusingan terakhir.

Lando Norris kedua bersama McLaren manakala Lewis Hamilton melintas garisan penamat di kedudukan ketiga.

Pendahulu kejuaraan, Max Verstappen kelima ketika Red Bull gagal mencipta kemenangan buat pertama kali musim ini.

Sainz mengawal kelajuan dalam aksi perlumbaan malam itu dari petak pendahulu yang juga kemenangan keduanya dengan yang pertama hadir pada Grand Prix British dekat Silverstone tahun lalu.

Ia menanamatkan harapan Red Bull untuk menyapu bersih setiap perlumbaan pada 2023 ketika Verstappen, yang sehingga kini menang 10 perlumbaan terakhir berturut-turut, hanya mampu memecut dari petak ke-11 hingga ke lima tempat terbaik. 

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts