fbpx

Pelayar kebangsaan, Nur Shazrin sumbang emas pertama Malaysia

HANGZHOU: Selepas empat hari menunggu, akhirnya pingat emas yang dinanti kontinjen negara tiba menerusi atlet pelayaran kebangsaan Nur Shazrin Mohamad Latif.

Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin.

Ia adalah emas temasya Sukan Asia pertama Shazrin, selepas kejayaan pingat gangsa di Sukan Jakarta-Palembang 2018.

Kejayaan itu turut menyaksikan dia kini menempah tiket secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts