fbpx

Gempa kuat 7.4 magnitud gegar Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

TAIPEI: Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud menggegar Taiwan pagi ini dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

REUTERS memetik agensi berita Jepun, NHK melaporkan amaran tsunami dikeluarkan di tenggara Okinawa.

Ombak setinggi tiga meter dijangka melanda pantai Okinawa kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.

AFP yang memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebut gegaran sekuat 7.4 berlaku di timur Taiwan.

Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, gempa berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 7.58 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 130 kilometer (km) tenggara dari Taichung, Taiwan dengan kedalaman 47 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik melalui laman web jabatan itu.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts