fbpx

Beijing dilitupi kabut kuning

Beijing dilitupi kabut tebal berwarna kuning dengan pencemaran melonjak ke paras berbahaya. - Foto AFP

BEIJING: Beijing dilitupi kabut tebal berwarna kuning dengan pencemaran melonjak ke paras berbahaya selepas ribut pasir melanda ibu negara China itu.

Kejadian itu memaksa penduduk menggunakan pelindung mata serta topeng khas bagi melindungi mereka daripada menghidu udara tidak sihat.

Kerajaan turut mengarahkan semua sekolah supaya membatalkan sebarang aktiviti di luar bilik darjah selain menasihatkan mereka yang mempunyai masalah pernafasan supaya duduk di rumah.

Kualiti udara itu bertambah teruk susulan ribut pasir dari utara Mongolia sehingga menjejaskan kadar penglihatan di Beijing, kurang daripada 1,000 meter.

Beijing dilitupi kabut tebal berwarna kuning dengan pencemaran melonjak ke paras berbahaya. – Foto AFP
Beijing dilitupi kabut tebal berwarna kuning dengan pencemaran melonjak ke paras berbahaya. – Foto AFP
Beijing dilitupi kabut tebal berwarna kuning dengan pencemaran melonjak ke paras berbahaya. – Foto AFP

Isu berhubung kabut itu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan 54 juta pengguna media sosial di China dengan beberapa pihak menyifatkan kejadian itu ibarat filem fiksyen sains, ‘Interstellar’.

“Ribut pasir berwarna jingga ini ibarat dunia hampir kiamat,” menurut seorang pengguna media sosial Weibo.

Menurut laman sesawang pemantauan kualiti udara, Aqicn, pencemaran udara di bandar raya ini berada pada paras amat berbahaya.

Kadar partikel kabut yang melanda Beijing dikatakan 20 kali ganda lebih besar berbanding paras yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts