fbpx

Hina nabi: Penganggur didenda RM10,000

KUALA LUMPUR: Seorang penggangur yang menghina Nabi Muhammad saw dan agama Islam, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 39, bagi setiap pertuduhan selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan itu. Mahkamah turut memerintahkan Mohd Zahrein menjalani tambahan hukuman penjara […]

Kerajaan akan perincikan kesalahan kompaun RM10,000 – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperincikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM10,000 mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi menangani kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 esok. “Kita akan […]

1.4 juta gagal lengkapkan maklumat menerusi MySejahtera

PUTRAJAYA: Seramai 1.4 juta individu yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin Covid-19 didapati tidak melengkapkan pendaftaran mereka secara sepenuhnya. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, justeru, mereka diminta tampil berbuat demikian bagi memudahkan urusan khususnya dalam temujanji melibatkan pusat pemberian vaksin yang berhampiran. Katanya, pemberian tarikh temu janji tidak dapat […]

Thailand mahu promosi kegunaan ganja dalam makanan, kosmetik

BANGKOK: Thailand berhasrat untuk mempromosikan penggunaan ganja dalam makanan dan kosmetik dalam usahanya untuk menarik pelancong asing. Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan negara itu menandatangani perjanjian untuk memperkenal latihan dan kaedah untuk menghasilkan makanan dan produk daripada ganja. Thailand menjadi antara negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja perubatan pada […]

Lelaki dikejar polis sejauh 70km kena penjara, denda

MARAN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap seorang penganggur yang dikejar polis sejauh lebih 70 kilometer (km) Khamis lalu, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk menghalang tugas penjawat awam. Majistret Nur Syafiqah Noorinda memerintahkan Mohamad Asyraf Haniff Ramlee, 25, dari FELDA Ulu Jempol di sini, dipenjara 24 […]

Rombakan pegawai kanan PDRM bukan kerana ada kes

KUALA LUMPUR: Rombakan pegawai kanan polis secara besar-besaran baru-baru ini bertujuan memberi peluang kepada pegawai polis baharu untuk menggantikan tempat mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. “Pertukaran pegawai kanan yang berlaku bukan kerana ada kes-kes tertentu dan sebagainya, ia kena letak orang baharu dan berkemungkinan pegawai kanan polis yang sebelum ini […]

Malaysia ‘tunggu aku pulang’

PETALING JAYA: Selepas tujuh bulan berkelana di Belgium, penyerang remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya akan kembali ke Malaysia buat kali pertama selepas menerima panggilan skuad bola sepak kebangsaan. Menurut Facebook rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk hari ini, pemain yang baru meraikan ulang tahun ke-19 pada 5 Mac lalu itu mendapat panggilan skuad senior buat […]

Hamilton goyang lihat prestasi Verstappen

SAKHIR: Juara dunia, Lewis Hamilton menyaksikan sendiri Max Verstappen mencatat masa terpantas dalam ujian pramusim Formula Satu (F1) dan menjangkakan bintang Belanda dari pasukan Red Bull itu bakal beraksi dengan prestasi berbeza berbanding tahun lalu. Verstappen, yang menduduki tempat ketiga di belakang Hamilton dan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas musim lalu, mencatat masa terpantas 1 minit […]

Zii Jia mampu tumbangkan Momota

KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek percaya bukan mustahil buat Lee Zii Jia menumbangkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota sekiranya mereka ditakdirkan bertemu pada saingan Seluruh England di Birmingham yang bermula Rabu ini. Kedua-dua pemain berkenaan dijangka membuat perhitungan sekiranya masing-masing layak ke peringkat suku akhir. Rashid yang juga bekas ketua jurulatih […]

Kwiknews