fbpx

Hamilton goyang lihat prestasi Verstappen

Foto: Teller Report

SAKHIR: Juara dunia, Lewis Hamilton menyaksikan sendiri Max Verstappen mencatat masa terpantas dalam ujian pramusim Formula Satu (F1) dan menjangkakan bintang Belanda dari pasukan Red Bull itu bakal beraksi dengan prestasi berbeza berbanding tahun lalu.

Verstappen, yang menduduki tempat ketiga di belakang Hamilton dan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas musim lalu, mencatat masa terpantas 1 minit 28.960 saat (s) hari ini.

Ia adalah catatan masa paling pantas dalam sepanjang tiga hari sesi berlangsung.

Bagaimanapun, pelumba rookie, Yuki Tsunoda, iaitu pelumba Jepun pertama beraksi di F1 sejak selepas Kamui Kobayashi pada 2014 juga mempamerkan belang.

Catatan masanya 1:29.053s bersama Alpha Tauri adalah catatan masa kedua terpantas keseluruhan.

Verstappen juga mencatat masa terpantas pada hari pembukaan di Litar Sakhir yang bakal menjadi lokasi pembuka tirai musim ini pada 28 Mac.

“Mereka kelihatan begitu hebat. Mereka akan tampil berbeza tahun ini,” kata Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts