fbpx

Tuntutan palsu, pegawai kanan TLDM direman

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kanan Bahagian Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan reman enam hari mulai hari ini hingga 13 April bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM24,250. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini. Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan […]

Olimpik Tokyo penampilan terakhir Allyson

LOS ANGELES: Bintang trek dan balapan Amerika Syarikat (AS), Allyson Felix berkata, Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi penampilan terakhirnya di Olimpik namun dia tidak meletakkan tempoh sebenar persaraannya. Pelari pecut berusia 35 tahun itu yang muncul satu-satunya atlet trek dan balapan wanita memenangi enam pingat emas di Olimpik berkata, meskipun mungkin akan terus aktif selepas […]

Tuchel kembali tersenyum

SEVILLA: Chelsea bangkit daripada kekalahan memalukan dalam saingan domestik minggu lalu apabila menumpaskan Porto 2-0 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini. Aksi cemerlang Mason Mount mengembalikan senyuman pengendali Blues, Thomas Tuchel selepas pasukannya dimalukan 2-5 oleh West Brom dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu. Kemenangan ini juga memberi kelebihan jaringan gol di […]

Lelaki buang anak kekasih berdepan hukuman mati

MELAKA: Seorang remaja lelaki yang dipercayai membuang bayi dilahirkan teman wanitanya di dalam semak pada 29 Mac lalu berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.  Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada  Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, sebaik spertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.  Tertuduh didakwa […]

100,0000 hektar hutan simpan terosot Sabah boleh dipulihkan

SANDAKAN: Terdapat lebih 100,000 hektar hutan simpan di Sabah dikategori sebagai hutan terosot yang masih boleh dipulihkan dengan penanaman semula pokok bagi mengembalikan semula fungsinya sebagai platform ekosistem alam semula jadi negeri ini. Ketua Konservator Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah Frederick Kugan, berkata setakat ini kira-kira 60,000 daripada lebih 100,000 hektar hutan terosot itu dipulihkan dengan […]

Tenis Terbuka Perancis dilambatkan seminggu

PARIS: Saingan Tenis Terbuka Perancis bagi tahun ini akan dilambatkan seminggu, kata sumber yang rapat dengan penganjur kejohanan itu. Grand Slam gelanggang tanah liat itu dijadualkan bermula pada 23 Mei, tapi kini dilewatkan kepada 30 Mei dengan harapan peminat boleh berkunjung ke Roland Garros. Terbuka Perancis tahun lalu lewat empat bulan dan dilangsungkan pada September […]

Dua kru kapal warga Romania melecur

PORT DICKSON: Dua orang krew kapal Kapal MV Rapallo (Bulk Carrier) warganegara Romania melecur terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas-tugas di bilik enjin kapal di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson di sini malam tadi. Jabatan Laut Malaysia memberitahu, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan dua pekerja kapal berkenaan yang melecur […]

‘Dadah jihad’ bernilai lebih RM221 juta dirampas

PELABUHAN KLANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan menyeludup 650 kilogram pil Captagon atau dikenali sebagai ‘dadah jihad’ bernilai RM221.86 juta dalam satu operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu. Pengarah JSJN, Datuk Razarudin Husain berkata, pil Captagon dari Lubnan itu tiba di sini Ahad lalu sebelum ke negara-negara […]