fbpx

Penyokong mahu Messi tinggalkan PSG

PARIS: Penyokong Paris Saint-Germain menconteng pusat latihan kelab susulan kecewa dengan penyingkiran kelab itu daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah. Sejak kekalahan kepada Real Madrid minggu lalu, penyokong melepaskan kemarahan mereka ke atas bintang-bintang utama PSG termasuk Lionel Messi. Bintang Argentina itu diejek setiap kali mendapat bola ketika kemenangan 3-0 ke atas Bordeaux Ahad lalu, manakala […]

Hamilton abadi nama keluarga ibu

Dubai: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendedahkan dia kini dalam proses menukar nama bagi mengabadikan legasi ibunya. Lewis, 37, berkata dia mahu nama keluarga ibunya, Larbalestier sentiasa bersamanya pada musim baharu Formula Satu. Bagaimanapun, juara dunia tujuh kali itu menegaskan penukaran nama itu terlalu awal untuk digunakan pada Grand Prix Bahrain hujung minggu ini. Hamilton yang […]

Kerajaan kaji dasar, kurangkan kebergantungan import makanan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menilai semula beberapa dasar sedia ada sebagai langkah strategi jangka panjang bagi menjamin rantaian bahan makanan negara susulan krisis Ukraine-Russia. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata usaha itu penting bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import luar. “Pada peringkat kementerian, kita membuat perbincangan mendalam dan meluas […]

MSNS buat pembayaran tidak wajar RM1.95 Juta – Ketua Audit Negara

Shah Alam: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2020 mendapati terdapat pembayaran tidak wajar yang dibuat di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS). Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, laporan berkenaan yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri […]

Proses tender MRT3 bermula tahun ini

KUALA LUMPUR: Proses tender bagi projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dirancang bermula tahun ini melalui lima pakej utama untuk tempoh enam hingga lapan tahun. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata cadangan jajaran terkini bagi projek itu membabitkan lingkaran sepanjang 51 kilometer (km) yang mana 39km daripadanya terletak di Kuala Lumpur dan […]